Assalamualaikum wrt wbt/selamat sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan Permohonan Penempatan/Pelantikan Bagi Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang tamat pengajian pada Disember 2015 akan mula dibuka pada 6 Mei 2015 (Rabu). Sehubungan itu, guru-guru pelatih yang berkenaan boleh mengisi borang permohonan tersebut secara atas talian (on-line) dengan merujuk ke http://ppdrpipgkpm.blogspot.com. Tarikh akhir permohonan adalah pada 29 Mei 2015 (Jumaat).

 

3. Oleh itu, adalah dimohon kerjasama dari pihak tuan/puan agar dapat memaklumkan/mengadakan sesi taklimat berkaitan perkara di atas kepada guru-guru pelatih yang terlibat sebagaimana manual yang dilampirkan.

 

4. Kerjasama dan perhatian dari tuan/puan dalam perkara berkaitan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.



---
Ilham Rusydi Bin Che Ibrahim
Sektor Hal Ehwal Pelajar Dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Enterprise Building 3 Blok 2200
Persiaran Apec Cyber 6
63000 Cyberjaya
Tel: 03-83126666 samb 6758 / Faks: 03-83126655/6725
1. VERSI IPGKTAR
1. VERSI IPGKTAR
2. VERSI IPGM
2. VERSI IPGM
SURAT JEMPUTAN KONVOKESYEN 2015
jemputan konvokesyen 2015.pdf
Adobe Acrobat Document [170.2 KB]
Download
BORANG PENDAFTARAN PELAJAR
borang pendaftaran pelajar.pdf
Adobe Acrobat Document [170.1 KB]
Download

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

94300 KOTA SAMARAHAN

 

Tel:  082-673800               Faks:  082-672984

 

 

MEMO

 

 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

 

Kepada:

Semua Pensyarah

Semua Pelajar

Rujukan:

IPTAR/144/600-11 ( 11 )

Daripada:

Ketua Unit Rekod Dan Data pelajar

Tarikh:

02 Februari 2015

Perkara:

Pengemaskinian Sistem Maklumat Pelajar

Salinan

Kepada:

1.    Fail HEP

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.             Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAR akan mengemaskini maklumat pelajar dalam Sistem Maklumat Pelajar seperti berikut:

            Tarikh              :          02 - 06 Februari 2015

            Tempat             :          http://219.92.7.20/smp/

3.         Sehubungan itu, semua pelajar SEPENUH MASA  dan SEPARUH MASA  diwajibkan untuk melengkapkan maklumat masing-masing dalam website myhep.jimdo.com atau http://goo.gl/forms/UNy3732ehF

 

4.         Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.  

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

..................................................

(MICHEAL ANAK RINGGIT)

Ketua Unit Rekod dan Data Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Abdul Razak

Kota Samarahan

SISTEM MAKLUMAT PELAJAR IPGKTAR Jan 2015
SISTEM MAKLUMAT PELAJAR IPGKTAR Jan 2015

Comments: 0

  • loading