OCT
25

Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera,
 
Sila BACA arahan di bawah sebelum mengisi Borang Permohonan Penempatan/Pelantikan (B3P) Bagi Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pelajar hanya dibenarkan untuk mengisi SEKALI sahaja borang permohonan; 
  • Sila gunakan HURUF BESAR semasa mengisi borang;
  • Sila isi borang dengan TELITI dan TEPAT;
  • Pastikan maklumat yang diisi/dikemukakan adalah BETUL dan BENAR;
  • Sila muat turun manual Borang Permohonan Penempatan/Pelantikan (sila klik);
  • Sila berhubung dengan Pengawai di JHEP IPG Kampus masing-masing untuk sebarang pertanyaan;
  • Sila gunakan alamat emel (gmail sahaja) yang SAMA dan AKTIF untuk log masuk (log in) dan semasa mengisi maklumat dalam borang permohonan (satu emel untuk satu permohonan sahaja);
  • Borang yang telah lengkap diisi dan dihantar (submit) akan diemel kepada guru pelatih dalam tempoh 48 jam;
  • Borang tersebut perlu dicetak dalam 2 (DUA) salinan dan diserahkan kepada JHEP IPG Kampus beserta dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya;
  • Sila muat turun senarai dokumen yang diperlukan bagi Borang Permohonan Penempatan/Pelantikan Bagi Guru Pelatih IPG KPM Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (sila klik);
  • Tarikh permohonan adalah dari 1 November 2016 (Selasa) hingga 30 November 2016 (Rabu);
  • Sila klik untuk mula mengisi.

 

VERSI IPGKTAR

 

VERSI IPGM

Sekian, terima kasih.
Comments: 0